Tuesday, 26 April 2016

Perkembangan terkini: Perubahan projek(?)

Blog ini telah diketepikan untuk tempoh yang agak lama...(Minta maaf!)
Rasanya tiba masanya untuk memberikan sedikit pencerahan tentang perkembangan projek Kumpulan Juno sejak post pertama pada satu bulan yang lalu.

Pada hakikatnya, semua ahli kumpulan memang sibuk dengan kerja masing-masing: peperiksaan, kerja rumah, pembentangan projek dan persediaan aktiviti-aktiviti kolej. Sehingga terabainya projek Pembangunan Diri II ini. Maka kami pun mengambil inisiatif apabila mendapatkan surat kebenaran daripada Puan Fatin, pensyarah PD II kita pada 20 April 2016 (Rabu), dengan menghubungi pihak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Chow Kit. Kerja perhubungan ini telah ditangguhkan sehingga dua hari kemudian (Jumaat) disebabkan semua ahli bakal menghadapi peperiksaan pertengahan semester pada hari keesokkan (Khamis).

Pada Jumaat pagi, saya (Siang) cuba menghubungi pihak sekolah menggunakan nombor telefon yang dipaparkan di dalam laman web rasmi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).

Mana tahu tiada orang yang menjawab selepas puas saya memanggil secara berasingan pada setiap 15 minit. Cubaan tiga panggilan telah dilakukan. Memandangkan kelas saya pada pagi ini telah dibatalkan, maka saya pun mula membuat persiapan diri dan bertolak ke stesen bas di kolej: Saya membuat keputusan untuk bertanya secara bersemuka dengan pejabat pihak sekolah!

Sebenarnya, saya tidak mengetahui lokasi sebenar sekolah tersebut. Tiada seorang pun dalam kumpulan kami yang mengetahui, Saya hanya tahu secara kasarnya, SBJK terletak berdekatan dengan fakulti UKM.

Selepas turun dari bas, saya pun mula mencari lokasi sekolah tersebut. Saya bermula dengan kedai-kedai yang bersebelahan dengan fakulti. Selepas saya berjalan melalui lorong belakang kedai-kedai tersebut, saya telahpun dapat melihat SBJK dari jauh.

Rupa-rupanya, ia cuma terletak di belakang bangunan Universiti Utara Malaysia! (Perjalanan yang tidak sampai 10 minit)

Saya pun mempercepatkan langkah kaki ke arah sekolah tersebut. Selepas bertanya dengan encik pengawal di pondok pengawal sekolah, barulah saya tahu SBJK sedang mengadakan Hari Sukan pada hari Jumaat dan Sabtu di luar sekolah. Patutlah puas saya membuat panggilan dan tiada orang yang menjawab telefon. Maka saya pun mengucapkan terima kasih kepada encik pengawal atas info yang diberitahu dan bercadang untuk bertanya lagi pada hari berlainan.

Pada 25 April 2016 (Isnin) petang, saya telah membuat panggilan sekali lagi dan akhirnya ada orang yang mengjawab. Orang yang menjawab adalah Cik Nadiah. Saya telah mendapatkan nombor telefon Cik Nadiah dan bertanya tentang prosedur untuk meminta keizinan bagi projek kami. Kami telah diminta supaya menghantar e-mel bersertakan tentatif program kami. Akhirnya, e-mel telah berjaya dihantarkan kepada pihak SBJK.

Sekarang, sudah hampir seminggu sejak kumpulan kami menghantar surat kebenaran dan butiran program kami, tetapi masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak SBJK. Dalam perjumpaan kelas PD II yang lalu, barulah kami mengetahui kami perlu membuat pembentangan projek kita pada minggu 13...maka ada masa dua minggu lagi. Barulah kami sedar betapa gegasnya projek kami... memang tidak sempat untuk pelaksaan projek kami sebab prosedur berurusan dengan pihak luaran sangat memakan masa.

Maka kami pun cuba berbincang sesama ahli: Adakah kumpulan Juno harus meneruskan pelan asal ini?

Masa yang digunakan : 1 jam 15 minit

No comments:

Post a Comment