Kumpulan kami duduk bersama-sama untuk membincang perkembangan projek kami yang ingin memberi English Workshop di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Perkembangan ini termasuklah balasan daripada pihak sekolah tersebut, prosedur-prosedur, persediaan, dan juga Pelan B sekiranya tidak mendapati balasan lagi.
Pelan B kami adalah memberi Video Editing Workshop kepada mahasiswa dan mahasiwi Kolej Tun Syed Nasir. Teknik yang diajar ini pasti dapat memanfaatkan semua orang dengan teknik yang baru. Software yang ingin diajar ialah Adobe Premiere Pro yang sentiasa mengelirukan pelajar kerana kompleks untuk diguna dan dikawal.
Selepas perbincangan, kami juga telah bertanya pandangan daripada Puan Fatin tentang Pelan B kami. Puan Fatin juga suruh kami untuk menunjuk proposal yang baru nanti.
^Kelas Pembangunan Diri II
^Kumpulan Juno sedang bincang perkembangan.
^Semua orang teliti mendengar cadangan.
^Shazana(atas), Atikah, Hana, dan Sakinah(kiri ke kanan).
Masa yang digunakan : 3 jam
No comments:
Post a Comment