KERTAS
KERJA
BENGKEL SUNTINGAN VIDEO
MENGGUNAKAN ADOBE PREMIERE PRO
TARIKH
10 MEI 2016
(SELASA)
TEMPAT
BILIK KULIAH 2,
BLOK 8, KOLEJ TUN SYED NASIR,
JALAN TEMERLOH
ANJURAN
NURUL ATIKAH BINTI
MOHAMAD SHAFRI (A153916)
NURHANA ATIQKA
BINTI CHE HAMID (A156743)
TEE YI SIANG
(A154909)
DORIS LEY SHU SIENG
(A155199)
HO NING SHIN
(A154936)
SHAZANA NORFARAHIN
BINTI MOIDEEN (A155146)
NUR SAKINAH BINTI
MD SOLEH (A151270)
1.0
PENGENALAN
Bengkel
Adobe ini berhasrat untuk berkongsi ilmu pengetahuan di kalangan
mahasiswa-mahasiswi universiti. Idea ini tercetus atas kesedaran bahawa
mahasiswa-mahasiswi juga perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan berkaitan
dengan multimedia seperti penyuntingan video.
Disebabkan perkembangan teknologi yang kian pesat ini, cara hidup
manusia telah berubah semakin mudah dan efisyen. Hal ini termasuklah bidang
akademik, di mana proses pelajaran dan pembelajaran telah bertambah menarik
dengan penggunaan teknologi terutamanya di peringkat univerisiti.
Mahasiswa-mahasiswi mempunyai akses kepada segala informasi dengan hanya
menggunakan hujung jari. Tambahan pula, mahasiswa-mahasiswi juga digalakkan
oleh pensyarah universiti supaya mengaplikasi multimedia dalam hasil
pembentangan projek. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami
menjalankan projek ini di tempat yang diusulkan.
Projek ini berhasrat untuk mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi supaya
dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran multimedia dan kemahiran
komunikasi dalam proses pelaksanaan projek. Selain memberi sumbangan kepada
orang lain, ia juga bertujuan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin
dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Melalui program ini, kami berharap dapat mengasah kemahiran merancang,
mengurus dan melaksanakan program ini. Juga diharapkan program ini dapat
membantu para mahasiswa dalam penyiapan tugasan serta pembentangan ataupun
dalam perkerjaan selepas tamat pengajian pada masa kelak.
2.0
PERMASALAHAN KAJIAN
2.1. Perbezaan dalam status sosioekonomi pada setiap individu. Perbezaan
ini menyumbang kepada tahap penguasaan tidak sama kerana ada yang lebih mahir
menggunakan perisian komputer disebabkan pendedahan awal manakala ada yang
tidak mempunyai asas langsung.
2.2. Masalah mencari perisian suntingan video yang sesuai. Kebanyakan
perisian komputer adalah sangat kompleks dari segi penggunaannya. Hal ini
sangat memerlukan bimbingan untuk menguasai cara penggunaannya.
2.3. Kekurangan akses kepada perisian suntingan video. Perisian yang
sedia ada biasanya adalah berbayar dan harganya adalah sangat membebankan
terutamanya kepada mahasiswa atau mahasiswi yang masih menuntut ilmu.
3.0 OBJEKTIF
PROJEK
Melalui
projek ini, kita dapat:-
3.1 Memantapkan dan mengaplikasikan pengetahuan asas dalam perisian
multimedia di kalangan mahasiswa.
3.2 Meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan perisian multimedia pada
diri mahasiswa-mahasiswi.
3.3 Melahirkan lebih ramai mahasiswa-mahasiswi yang mahir dalam
penggunaan perisian multimedia.
3.4 Menambah minat mahasiswa-mahasiswi terhadap suntingan video.
3.5 Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.
4.0
METODOLOGI KAJIAN
4.1 Dokumentasi
Projek ini dimulakan dengan
kajian terhadap bahan-bahan informasi yang telah diterbitkan di
artikel surat khabar, internet dan perpustakaan.
4.2 Temu bual
Kumpulan kami akan menemu bual dengan mahasiswa-mahasiswi supaya kami
dapat mengetahui pandangan dan keperluan mereka untuk merangka isi perkongsian
ilmu dalam penggunaan perisian semasa bengkel.
5.0 MAKLUMAT
PROJEK
Nama Projek :
Bengkel Adobe
Tarikh Projek : 10 Mei 2016 (Selasa)
Tempat Projek : Bilik Kuliah 2, Blok 8, Kolej Tun
Syed Nasir
Jumlah Peserta : 25 peserta, 7 fasilitator
6.0 TENTATIF
PROJEK
12:00 TGHRI :
Berkumpul & membuat persiapan
12:05 TGRI : Memasang perisian Adobe Premiere
Pro untuk setiap peserta
12:30 TGRI : Sesi berkongsi cara penggunaan
perisian Adobe Premiere Pro
1:00 PTG : Tamat & Sesi Penggambaran
7.0
LITERATUR
Teori pendidikan merupakan landasan dalam perkembangan praktikal
pendidikan. Projek kami berkaitan dengan salah satu teori pendidikan iaitu
pendidikan interaksional. Pendidikan interaksional bertujuan untuk melahirkan
warga masyarakat yang baik. Pendidikan interaksional merupakan satu konsep
pendidikan yang bertitik tolak dari pemikiran manusia yang sentiasa
berinteraksi dan bekerjasama. Teori ini menekankan interaksi antara dua pihak.
Premiere Pro adalah perisian suntingan video yang terkenal dalam
industri produksi audio atau visual yang dibangunkan oleh Adobe untuk produksi
filem, penyiaran televisyen, penulis jurnal, pelajar dan juruvideo. Ia adalah
suatu perisian lengkap mula dari proses menangkap video, formatting, suntingan,
kesan, komposi dan render output untuk format video yang berbagai hanya dalam
beberapa langkah dengan integrasi antara perisian Adobe yang lain seperti After
Effects.
Teori beban kognitif pula adalah teori yang dimulai dari teori
pengajaran yang berdasar pada arsitektur kognitif manusia. Dari beberapa
pendapat para ahli tersebut dapat disimpulkan bahwa teori beban kognitif
(cognitive load theory) adalah teori psikologis yang menjelaskan tentang
besarnya beban yang terjadi dalam kognitif manusia yang disebabkan tuntutan
tugas yang melebihi kapasitasnya.
8.0 RUJUKAN
8.1 Teori-Teori Pendidikan dari Tadisional (Neo) liberal,
Marxis-Sosialis hingga Postmodern, Nurani Sovomukti, Nov
2015.
8.2 Portal rasmi kepada perisian Adobe Premiere Pro: https://helpx.adobe.com/premiere-pro/how-to/what-is-premiere-pro-cc.html
8.3 Sweller, J. 2010 Cognitive Load Theory: Recent Theoretical Advances.
Australia journal for education technology
No comments:
Post a Comment