Friday, 29 April 2016

Proposal Kedua : Bengkel Suntingan Video





KERTAS KERJA

BENGKEL SUNTINGAN VIDEO
MENGGUNAKAN ADOBE PREMIERE PRO


TARIKH
10 MEI 2016 (SELASA)


TEMPAT

BILIK KULIAH 2,
BLOK 8, KOLEJ TUN SYED NASIR, JALAN TEMERLOH


ANJURAN

*    NURUL ATIKAH BINTI MOHAMAD SHAFRI (A153916)
*    NURHANA ATIQKA BINTI CHE HAMID (A156743)
*    TEE YI SIANG (A154909)
*    DORIS LEY SHU SIENG (A155199)
*    HO NING SHIN (A154936)
*    SHAZANA NORFARAHIN BINTI MOIDEEN (A155146)
*    NUR SAKINAH BINTI MD SOLEH (A151270)


1.0 PENGENALAN

Bengkel Adobe ini berhasrat untuk berkongsi ilmu pengetahuan di kalangan mahasiswa-mahasiswi universiti. Idea ini tercetus atas kesedaran bahawa mahasiswa-mahasiswi juga perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan multimedia seperti penyuntingan video.

Disebabkan perkembangan teknologi yang kian pesat ini, cara hidup manusia telah berubah semakin mudah dan efisyen. Hal ini termasuklah bidang akademik, di mana proses pelajaran dan pembelajaran telah bertambah menarik dengan penggunaan teknologi terutamanya di peringkat univerisiti. Mahasiswa-mahasiswi mempunyai akses kepada segala informasi dengan hanya menggunakan hujung jari. Tambahan pula, mahasiswa-mahasiswi juga digalakkan oleh pensyarah universiti supaya mengaplikasi multimedia dalam hasil pembentangan projek. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat yang diusulkan.

Projek ini berhasrat untuk mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran multimedia dan kemahiran komunikasi dalam proses pelaksanaan projek. Selain memberi sumbangan kepada orang lain, ia juga bertujuan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Melalui program ini, kami berharap dapat mengasah kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program ini. Juga diharapkan program ini dapat membantu para mahasiswa dalam penyiapan tugasan serta pembentangan ataupun dalam perkerjaan selepas tamat pengajian pada masa kelak.





2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

2.1. Perbezaan dalam status sosioekonomi pada setiap individu. Perbezaan ini menyumbang kepada tahap penguasaan tidak sama kerana ada yang lebih mahir menggunakan perisian komputer disebabkan pendedahan awal manakala ada yang tidak mempunyai asas langsung.

2.2. Masalah mencari perisian suntingan video yang sesuai. Kebanyakan perisian komputer adalah sangat kompleks dari segi penggunaannya. Hal ini sangat memerlukan bimbingan untuk menguasai cara penggunaannya.

2.3. Kekurangan akses kepada perisian suntingan video. Perisian yang sedia ada biasanya adalah berbayar dan harganya adalah sangat membebankan terutamanya kepada mahasiswa atau mahasiswi yang masih menuntut ilmu.



3.0 OBJEKTIF PROJEK

Melalui projek ini, kita dapat:-

3.1 Memantapkan dan mengaplikasikan pengetahuan asas dalam perisian multimedia di kalangan mahasiswa.

3.2 Meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan perisian multimedia pada diri mahasiswa-mahasiswi.

3.3 Melahirkan lebih ramai mahasiswa-mahasiswi yang mahir dalam penggunaan perisian multimedia.

3.4 Menambah minat mahasiswa-mahasiswi terhadap suntingan video.

3.5 Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.





4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Dokumentasi
   Projek ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan informasi yang telah             diterbitkan di artikel surat khabar, internet dan perpustakaan.


4.2 Temu bual
Kumpulan kami akan menemu bual dengan mahasiswa-mahasiswi supaya kami dapat mengetahui pandangan dan keperluan mereka untuk merangka isi perkongsian ilmu dalam penggunaan perisian semasa bengkel.
   




5.0 MAKLUMAT PROJEK

Nama Projek                         : Bengkel Adobe

Tarikh Projek             : 10 Mei 2016 (Selasa)

Tempat Projek                       : Bilik Kuliah 2, Blok 8, Kolej Tun Syed Nasir

Jumlah Peserta                       : 25 peserta, 7 fasilitator





6.0 TENTATIF PROJEK

12:00 TGHRI            : Berkumpul & membuat persiapan

12:05 TGRI               : Memasang perisian Adobe Premiere Pro untuk setiap peserta

12:30 TGRI               : Sesi berkongsi cara penggunaan perisian Adobe Premiere Pro

1:00 PTG                  : Tamat & Sesi Penggambaran

                       








7.0 LITERATUR



Teori pendidikan merupakan landasan dalam perkembangan praktikal pendidikan. Projek kami berkaitan dengan salah satu teori pendidikan iaitu pendidikan interaksional. Pendidikan interaksional bertujuan untuk melahirkan warga masyarakat yang baik. Pendidikan interaksional merupakan satu konsep pendidikan yang bertitik tolak dari pemikiran manusia yang sentiasa berinteraksi dan bekerjasama. Teori ini menekankan interaksi antara dua pihak.



Premiere Pro adalah perisian suntingan video yang terkenal dalam industri produksi audio atau visual yang dibangunkan oleh Adobe untuk produksi filem, penyiaran televisyen, penulis jurnal, pelajar dan juruvideo. Ia adalah suatu perisian lengkap mula dari proses menangkap video, formatting, suntingan, kesan, komposi dan render output untuk format video yang berbagai hanya dalam beberapa langkah dengan integrasi antara perisian Adobe yang lain seperti After Effects.



Teori beban kognitif pula adalah teori yang dimulai dari teori pengajaran yang berdasar pada arsitektur kognitif manusia. Dari beberapa pendapat para ahli tersebut dapat disimpulkan bahwa teori beban kognitif (cognitive load theory) adalah teori psikologis yang menjelaskan tentang besarnya beban yang terjadi dalam kognitif manusia yang disebabkan tuntutan tugas yang melebihi kapasitasnya.





8.0 RUJUKAN



8.1 Teori-Teori Pendidikan dari Tadisional (Neo) liberal, Marxis-Sosialis hingga                       Postmodern, Nurani Sovomukti, Nov 2015.


8.2 Portal rasmi kepada perisian Adobe Premiere Pro: https://helpx.adobe.com/premiere-pro/how-to/what-is-premiere-pro-cc.html


            8.3 Sweller, J. 2010 Cognitive Load Theory: Recent Theoretical Advances.

Australia journal for education technology

Wednesday, 27 April 2016

Consultansy daripada Puan Fatin

  Pada 27 April 2016 (Rabu), kita mempunyai perjumpaan dengan Puan Fatin yang merupakan Consultant untuk projek kumpulan kami. Perjumpaan ini berlangsung pada pukul dua petang hingga empat petang.

  Kumpulan kami duduk bersama-sama untuk membincang perkembangan projek kami yang ingin memberi English Workshop di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Perkembangan ini termasuklah balasan daripada pihak sekolah tersebut, prosedur-prosedur, persediaan, dan juga Pelan B sekiranya tidak mendapati balasan lagi.

  Pelan B kami adalah memberi Video Editing Workshop kepada mahasiswa dan mahasiwi Kolej Tun Syed Nasir. Teknik yang diajar ini pasti dapat memanfaatkan semua orang dengan teknik yang baru. Software yang ingin diajar ialah Adobe Premiere Pro yang sentiasa mengelirukan pelajar kerana kompleks untuk diguna dan dikawal.

  Selepas perbincangan, kami juga telah bertanya pandangan daripada Puan Fatin tentang Pelan B kami. Puan Fatin juga suruh kami untuk menunjuk proposal  yang baru nanti.

^Kelas Pembangunan Diri II


^Kumpulan Juno sedang bincang perkembangan.

^Semua orang teliti mendengar cadangan.

^Shazana(atas), Atikah, Hana, dan Sakinah(kiri ke kanan).

Masa yang digunakan : 3 jam


Tuesday, 26 April 2016

Perkembangan terkini: Perubahan projek(?)

Blog ini telah diketepikan untuk tempoh yang agak lama...(Minta maaf!)
Rasanya tiba masanya untuk memberikan sedikit pencerahan tentang perkembangan projek Kumpulan Juno sejak post pertama pada satu bulan yang lalu.

Pada hakikatnya, semua ahli kumpulan memang sibuk dengan kerja masing-masing: peperiksaan, kerja rumah, pembentangan projek dan persediaan aktiviti-aktiviti kolej. Sehingga terabainya projek Pembangunan Diri II ini. Maka kami pun mengambil inisiatif apabila mendapatkan surat kebenaran daripada Puan Fatin, pensyarah PD II kita pada 20 April 2016 (Rabu), dengan menghubungi pihak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Chow Kit. Kerja perhubungan ini telah ditangguhkan sehingga dua hari kemudian (Jumaat) disebabkan semua ahli bakal menghadapi peperiksaan pertengahan semester pada hari keesokkan (Khamis).

Pada Jumaat pagi, saya (Siang) cuba menghubungi pihak sekolah menggunakan nombor telefon yang dipaparkan di dalam laman web rasmi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).

Mana tahu tiada orang yang menjawab selepas puas saya memanggil secara berasingan pada setiap 15 minit. Cubaan tiga panggilan telah dilakukan. Memandangkan kelas saya pada pagi ini telah dibatalkan, maka saya pun mula membuat persiapan diri dan bertolak ke stesen bas di kolej: Saya membuat keputusan untuk bertanya secara bersemuka dengan pejabat pihak sekolah!

Sebenarnya, saya tidak mengetahui lokasi sebenar sekolah tersebut. Tiada seorang pun dalam kumpulan kami yang mengetahui, Saya hanya tahu secara kasarnya, SBJK terletak berdekatan dengan fakulti UKM.

Selepas turun dari bas, saya pun mula mencari lokasi sekolah tersebut. Saya bermula dengan kedai-kedai yang bersebelahan dengan fakulti. Selepas saya berjalan melalui lorong belakang kedai-kedai tersebut, saya telahpun dapat melihat SBJK dari jauh.

Rupa-rupanya, ia cuma terletak di belakang bangunan Universiti Utara Malaysia! (Perjalanan yang tidak sampai 10 minit)

Saya pun mempercepatkan langkah kaki ke arah sekolah tersebut. Selepas bertanya dengan encik pengawal di pondok pengawal sekolah, barulah saya tahu SBJK sedang mengadakan Hari Sukan pada hari Jumaat dan Sabtu di luar sekolah. Patutlah puas saya membuat panggilan dan tiada orang yang menjawab telefon. Maka saya pun mengucapkan terima kasih kepada encik pengawal atas info yang diberitahu dan bercadang untuk bertanya lagi pada hari berlainan.

Pada 25 April 2016 (Isnin) petang, saya telah membuat panggilan sekali lagi dan akhirnya ada orang yang mengjawab. Orang yang menjawab adalah Cik Nadiah. Saya telah mendapatkan nombor telefon Cik Nadiah dan bertanya tentang prosedur untuk meminta keizinan bagi projek kami. Kami telah diminta supaya menghantar e-mel bersertakan tentatif program kami. Akhirnya, e-mel telah berjaya dihantarkan kepada pihak SBJK.

Sekarang, sudah hampir seminggu sejak kumpulan kami menghantar surat kebenaran dan butiran program kami, tetapi masih tiada sebarang maklum balas daripada pihak SBJK. Dalam perjumpaan kelas PD II yang lalu, barulah kami mengetahui kami perlu membuat pembentangan projek kita pada minggu 13...maka ada masa dua minggu lagi. Barulah kami sedar betapa gegasnya projek kami... memang tidak sempat untuk pelaksaan projek kami sebab prosedur berurusan dengan pihak luaran sangat memakan masa.

Maka kami pun cuba berbincang sesama ahli: Adakah kumpulan Juno harus meneruskan pelan asal ini?

Masa yang digunakan : 1 jam 15 minit

Friday, 22 April 2016

Perbincangan dalam Kumpulan tentang projek-projek

Pada 20 April 2016, Kumpulan Junospeedio telah mengadakan perjumpaan di Bangunan Yayasan Selangor untuk membincangkan tentang masalah dan tentatif projek. Cadangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan telah dipertimbangkan dengan teliti dan masalah-masalah yang dijangka mungkin akan dihadapi turut dibincangkan antara satu sama lain.

^ Atikah yang sedang mendengar cadangan Hana
^ Yi Siang dan Ning Shin
 ^ Perbincangan antara ahli kumpulan
 ^ Ohh Hello Hana
 ^ Segala cadangan telah dicatat untuk menjadi rujukan
 ^ Ning Shin teliti membaca nota yang dicatat
 ^ Perbincangan diteruskan
^ Shazana dalam gambar

Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan pandangan berbeza telah dikemukakan, setiap ahli berfikiran terbuka dan hasil kerjasama antara satu sama lain, perbincangan telah berjalan dengan lancar dan semua orang mencapai sebulat suara dalam keputusan yang dibuat.

Masa untuk perbincangan : 1 jam

Wednesday, 6 April 2016

Titik Permulaan: Perancangan Projek...




KERTAS KERJA

BENGKEL BAHASA INGGERIS 
BERSAMA ANAK-ANAK GELANDANGAN 
SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, CHOW KIT


TARIKH :

(Dalam proses pengenalpastian)


TEMPAT :

SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, CHOW KIT


ANJURAN :

 NURUL ATIKAH BINTI MOHAMAD SHAFRI (A153916/SPEECH)
 NURHANA ATIQKA BINTI CHE HAMID (A156743/SPEECH)
 TEE YI SIANG (A154909/AUDIOLOGI)
 DORIS LEY SHU SIENG (A155199/AUDIOLOGI)
 HO NING SHIN (A154936/AUDIOLOGI)
 SHAZANA NORFARAHIN BINTI MOIDEEN (A155146/AUDIOLOGI)
 NUR SAKINAH BINTI MD SOLEH (A151270/AUDIOLOGI)



1.0 PENGENALAN

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur yang berkod WEA 0225, mula beroperasi 
pada 19 Ogos 2013. Seramai 21 perjawatan telah diluluskan oleh agensi pusat bagi keperluan sumber manusia di sekolah ini termasuk seorang pengetua, 3 orang Guru Penolong Kanan, 11 orang guru, 
seorang kaunselor dan 5 orang AKP. Kesemua kakitangan dan guru sekolah ini telah diberi latihan 
khusus melalui Kursus Peningkatan Profesionalisme SBJK oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), 
KPM. Bermula dengan semua guru mengikuti kursus dan latihan intensif selama sebulan sebelum 
SBJK beroperasi. BPG telah melaksanakan kursus kepada SBJK sebanyak dua kali setahun.

Bengkel Bahasa Inggeris ini berhasrat untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama anak-anak gelandangan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit. Idea ini tercetus atas kesedaran bahawa mereka juga berhak mendapat pendidikan yang sama seperti orang lain.

Selain itu, rata-rata  mereka  berasal  daripada  keluarga  yang  kurang  bernasib  baik.  Segelintir  daripada mereka juga tidak pernah bersekolah malahan ada yang tidak mengenal huruf walaupun belasan tahun. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat yang diusulkan.

Projek ini berhasrat untuk mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi supaya dapat   mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar kampus. Selain memberi sumbangan kepada anak-anak  gelandangan,  ia  juga  bertujuan  melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Melalui program ini, kami berharap dapat mengasah kemahiran merancang, mengurus dan 
melaksanakan program ini. Juga diharapkan program ini dapat membantu anak-anak   gelandangan ini dalam menguasai Bahasa Inggeris.



2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
2.1. Membantu meningkatkan asas pemahaman kanak-kanak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dalam bahasa inggeris.
2.2. Meningkatkan keyakinan kanak-kanak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih untuk bertutur dalam bahasa inggeris.


3.0 OBJEKTIF PROJEK

Melalui projek ini, kita dapat:-

3.1 Memantapkan dan mengaplikasikan pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak gelandangan
3.2 Meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam diri  anak-anak gelandangan
3.3 Melahirkan lebih ramai anak-anak gelandangan yang mahir dalam Bahasa Inggeris
3.4 Menambah minat anak-anak gelandangan terhadap Bahasa Inggeris
3.5 Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi


4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Dokumentasi 
Projek ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan informasi yang telah diterbitkan di artikel surat khabar, internet dan perpustakaan.
4.2 Lawatan 
Kumpulan kami bercadang untuk mengadakan lawatan awal ke sekolah tersebut  untuk membuat tinjauan sebelum meneruskan projek agar projek tersebut  berjalan dengan lancar.
4.3 Temu bual 
Kumpulan kami akan menemu bual pengetua dan guru-guru Sekolah Bimbingan  Jalinan Kasih supaya kami dapat mengetahui tahap pendidikan anak-anak  gelandangan di sekolah tersebut.


5.0 MAKLUMAT PROJEK

Nama Projek : Bengkel Bahasa Inggeris

Tarikh Projek : Akan dinyatakan kemudian

Tempat Projek : Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit

Jumlah Peserta : 35 peserta, 7 fasilitator



6.0 TENTATIF PROJEK

8:30 PAGI : Berkumpul di KTSN
9:30 PAGI : Tiba di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit
10:00 PAGI : Suai kenal, ramah mesra bersama anak-anak gelandangan & pembahagian kumpulan
10:30 PAGI : Spelling bee
11:00 PAGI : Crossword puzzle
11:30 PAGI : Storytelling
12:00 TGHRI : Flashcard
12:30 TGHRI : Sing together
1:00 PTG : Bergerak pulang ke KTSN



7.0 LITERATUR 

Teori pendidikan merupakan landasan dalam perkembangan praktikal pendidikan. Projek kami 
berkaitan dengan salah satu teori pendidikan iaitu pendidikan interaksional. Pendidikan interaksional bertujuan untuk melahirkan warga masyarakat yang baik. Pendidikan interaksional merupakan satu konsep pendidikan yang bertitik tolak dari pemikiran manusia yang sentiasa berinteraksi dan bekerjasama. Teori ini menekankan interaksi antara dua pihak. 

Mengikut Akta Pembantuan Gelandangan Stewart B.Mckinney 1987 (Stewart B.Mckinney, 
Homeless Assistance Act Of 1987), gelandangan atau homelessness dikenali sebagai individu
yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan kediaman yang mencukupi pada malam 
hari. Ia juga merujuk kepada individu yang tinggal di tempat perlindungan sementara yang disediakan dan diuruskan oleh pihak awam atau swasta.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih memberikan pendidikan asas untuk anak-anak
 jalanan yang tidak mempunyai dokumen, anak yatim piatu dan mereka yang tercicir dari 
sekolah. Anak-anak seperti mereka ini mempunyai hak untuk pendidikan. Pendidikan jalanan boleh melibatkan banyak aktiviti seperti bimbingan mengenai pencegahan Sexual Transmitted Disease (STD) dan penyalahgunaan bahan, meningkatkan kadar literasi dan memberi kesedaran tentang 
kesihatan dan masalah sosial.



8.0 RUJUKAN
8.1 Utusan Malaysia. 06 Mac 2014. Pendidikan. Anak Gelandangan dipastikan tidak tercicir pendidikan rendah
8.2 Tsedal Neeley. May 2012. Cross Cultural Management. Global Business Speak  English. Harvard Business Review.
8.3 Teori-Teori Pendidikan dari Tadisional (Neo) liberal, Marxis-Sosialis hingga  Postmodern, Nurani Sovomukti, Nov 2015