Tuesday, 24 May 2016

Penelitian komen yang dikemukakan oleh Puan Fatin

Pada 24 May 2016, selepas perbentangan yang dijalankan pada minggu lepas, kami telah membuat perjumpaan untuk meneliti kelemahan yang dikemukakan. Kami turut berbincang antara sesama sendiri dan turut memberi galakan antara sesama sendiri agar tidak kecewa dengan kritikan yang diberikan. Kami berasa terima kasih kepada Puan Fatin kerana kami tahu kritikan diberikan agar penambahbaikkan dapat dijalankan. 
Kami turut akur dengan kelemahan yang dikemukakan, namun selepas itu, kami mendapati kesilapan pada slide kami iaitu jangka masa pengajaran adalah selama 2 jam dan bukannnya 1 jam sahaja. Kami juga mendapati penggunaan terminologi salah iaitu kumpulan kami harus menggunakan perkataan sesi pengajaran dan bukan bengkel sebab jangka masa yang digunakan hanya berapa jam sahaja.
Kumpulan Juno telah mengadakan perjumpaan terakhir kami di Kafeteria Kolej Tun Syed Nasir. Selain meneliti kelemahan dan komen yang dikemukakan oleh Puan Fatin, kami juga ingin berhasrat unutuk membetulkan kesilapan kertas kerja projek yang dilakukan dan turut ingin membuat pembaikan dan menggabungkan refleksi individu ahli kumpulan Juno. Kami juga ingin membuat kesimpulan terhadap segala projek dan kertas kerja yang telah dilakukan.

^Ahli kumpulan Juno, Shazana tetap menyertai perjumpaan ini 
walaupun dia masih belum makan malam lagi 

^ Ning Shin malu 

^ Keadaan perjumpaan terakhir kumpulan Juno

^ Komputer Riba Hana

^ Atikah yang sedang menggabung refleksi ahli Juno

^ Candid Hana

^ Ahli Juno yang sedang melihat blog Juno Speedio



Akhir kata, kami telah mendapat banyak kebaikan dan mempelajari banyak nilai baik daripada tugasan ini. Tetapi yang paling berharga yang telah kami dapati daripada kumpulan ini ialah jalinan hubungan baik antara ahli kumpulan yang berasal daripada berbilang kaum selaras dengan slogan 1 Malaysia. 

Masa yang digunakan : 1 jam 30 minit

Thursday, 19 May 2016

Pembentangan dilakukan

Pada 18th May 2016, kami telah menghadiri kelas CITRA Pembangunan Diri II di Dewan  Kuliah 2. Hari tersebut merupakan hari pembentangan sesi pertama untuk mahasiswa membuat  perbentangan tentang program yang  telah dijalankan.  Kumpulan Juno telah  membuat perbentangan  tentang pelaksaan  projek kita. Perbentangan ini telah memakan masa sebanyak 15 minit. 
Antara kumpulan Juno yang telah membuat pembentangan ialah Tee Yi Siang, Nurhana Atiqka dan Doris Ley Shu Sieng.  Kami telah membuat perbincangan dan saling memberi galakkan  agar tidak berasa gelisah semasa pembentangan. Disebabkan kesuntukan masa (masa yang diberikan oleh pensyarah iaitu Puan Fatin sepanjang 7 minit), kami tidak sempat menanyangkan video  yang telah  kami    ambil  sepanjang masa  pengajaran penggunaan perincian  Adobe Premiere Pro di  bilik  kuliah 2 .  Panjang video tersebut adalah kira-kira dalam  masa 2 minit.  Video tersebut  telah  disunting  oleh saudari Nur Sakinah. 

^Ahli-ahli menunggu membuat perbentangan





^Hana serius membuat perbentangan di dewan kuliah




^ TeeYi Siang yang sedang membuat perbentangan


Selepas pembentangan, tibanya sesi soal jawab. Puan Fatin telah menuju beberapa soalan kepada ahli Kumpulan Juno dan selepas itu, Puan Fatin telah memberi komen tentang projek kami agar kami dapat memperbaiki kelemahan kumpulan kami. Kami berterima kasih terhadap Puan Fatin atas cadangannya. 

Masa yang digunakan : 20 minit 


Friday, 13 May 2016

Perbincangan selepas Workshop

                 Pada 12 May 2016 yang lalu, kumpulan Juno telah mengadakan perbincangan untuk membuat refleksi dan cadangan terhadap aktiviti Workshop yang telah dijalankan.



 ^Atikah dan Hana
 ^ Ning Shin serious mendengar cadangan
 ^Kumpulan Juno di Kafe
 ^Gambar Kumpulan
 ^Nota dibuat untuk mencatat semua kelebihan dan kelemahan
^Nota yang dibuat

            Setiap ahli telah menyuarakan pendapat mereka dan setelah perbincangan, kami mempunyai kesimpulan semua idea dan dengan ini, perjumpaan ini bersurai.

Masa yang digunakan : 2 jam

Pelancaran Video Editting Workshop ke Warga KTSN

              Pada 10 May 2016, Kumpulan Juno telah melaksanakan projek yang dibincangkan iaitu Video Editting Workshop. Workshop tersebut bermula pada pukul 11:30am. Tempat yang menjalankan projek tersebut ialah di Blok 8 Bilik Kuliah 2. Kumpulan target workshop ini adalah untuk pelajar Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).

                 Sebelum menjalankan workshop ini, ahli-ahli Juno telah membuat persediaan untuk menjalankan workshop ini, seperti set up camera, projector dan computer.
^Sakinah yang tolong set up camera untuk mangambil video tentang workshop tersebut.

^ Yi Siang yang sedang set up computer

^ Keadaan dalam Bilik Kuliah 2 sebelum Video Editting Workshop bermula

Pada pukul 11:30 pagi, setelah semua mahasiswa yang berminat sampai ke Bilik Kuliah, Workshop telah bermula.

^ Salah satu mahasiswa, Yusran yang menyertai Workshop ini sempat buat peace lagi

^ Spot another peace




^ Hello Hana~ Tengok sini lagi ke XD

Untuk skrin yang lebih jelas, kami telah menutup lampu.





Workshop ini diteruskan oleh Yi Siang. Yi Siang telah bertungkus-lumus memberi pengajaran dan ahli-ahli lain memberi pertolongan yang diperlukan.

 ^ Yi Siang yang sedang memberi tunjuk ajar

                Mahasiswa yang menyertai workshop ini telah mendengar tunjuk ajar dengan teliti.

^ Mahasiswa dalam 'kegelapan'

 ^ Mahasiswa sangat tekun mendengar dan menanya soalan

                Selepas sesi mengajar, workshop diteruskan dengan sesi soal jawab. Mahasiswa yang mempunyai soalan dapat menanya soalan dan melihat demo yang ditayangkan. Setelah itu, akhirlah aktiviti workshop ini. Mahasiswa yang tiada software yang digunakan (iaitu : Adobe Premiere Pro) dapat install software selepas workshop tersebut. Sesi ini ditamatkan dengan sesi gambar.


^ Gambar Kumpulan

 ^ Terima kasih atas kehadiran anda!

                Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar. Kerjasama hebat daripada ahli kumpulan Juno telah menjayakan Workshop ini. Segala kesulitan dan kesukaran yang dihadapi telah diselesaikan dengan baik dan mendapat kepuasan hati setiap ahli. Kami dari kumpulan Juno berasa sangat gembira kerana dapat menjalankan projek ini dan banyak nilai baik telah dipelajari yang berguna untuk pembangunan diri bagi masa hadapan kita.

Masa untuk bengkel : 1 jam 20 minit

Monday, 9 May 2016

Perjumpaan antara ahli kumpulan bagi projek baru

                     Pada 4 May 2016 yang lalu, kumpulan Juno telah mengadakan perjumpaan di Kafeteria. Disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi, kami telah membuat keputusan untuk menjalankan Video Editting Workshop untuk warga Kolej Tun Syed Nasir. Kami telah mendapati kebanyakkan mahasiswa walaupun pandai dengan gadget telefon pintar namun, mereka tidak mahir dengan penggunaan computer untuk membuat video. Terdapat banyak pensyarah yang memberi tugasan untuk menghantar pembentangan dalam video.

                    Untuk memenuhi keperluan ini, kami sebagai kumpulan Juno telah membuat keputusan untuk mengadakan workshop ini yang dapat mengajar warga KTSN untuk membuat video. Sebenarnya, ada sesetengah ahli kumpulan di Juno sendiri turut tidak mahir dengan video editing! Tetapi salah satu ahli kumpulan Juno, Tee Yi Siang mahir dengan penggunaan software Adobe Premiere untuk membuat video dan kami membuat workshop ini membantu lebih banyak orang dalam video.  

                 Sebelum menjalankan workshop, untuk menjamin ahli ahli kumpulan mahir dalam software ini, Yi Siang telah memberi tutorial tentang cara edit video. Ajhli-ahli yang tidak mempunyai software Adobe turut install software tersebut pada hari tersebut. 

^ Yi Siang memberi tutorial

^ Ahli-ahli Kumpulan Juno

^ Ning Shin yang sedang cuba edit video

 ^ Memperkenalkan software Adobe Premiere Pro
^ Setiap Ahli Kumpulan tekun belajar menggunakan untuk persiapan mengajar pelajar lain

^ Ning Shin yang tekun mencuba

^ Yi Siang yang sedang membuat video

^ Dan ini.... oh HI Hana!

^ Terdapat kekangan yang dihadapi seperti installation failed

^Atikah dan Hana

^ Tidak putus asa!

           Perjumpaan ini telah berjaya mengajar semua ahli kumpulan cara menggunakan software tersebut walaupun latihan sendiri masih perlu diteruskan di hostel masing-masing. Setiap ahli telah meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan tersebut dan kerjasama antara satu sama lain telah memudahkan proses tersebut. Hubungan erat antara ahli turut terjalin.  Terima kasih kepada Yi Siang terhadap tutorialnya dan diharapkan Video Editting Workshop pada 10 May dapat berjalan dengan lancar.

Masa yang digunakan : 2 jam 15 minit